Tuesday, May 26, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2009

Barisan para pengajar SK Bekenu.

Barisan para pelajar SK Bekenu.

Sekolah kami telah menetapkan 16 Mei sebagai Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Acara bermula sejak pukul 8 pagi. Bermula dengan ucapan pengerusi majlis, ucapan wakil pelajar, ucapan Guru Besar, persembahan para pelajar, diikuti persembahan koir dari guru-guru sekalian dan sesi pemotongan kek. Kemudian, acara yang dinanti-nanti oleh ramai guru iaitu sesi bersalaman dengan pelajar dan pastinya pelajar membawa banyak hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka.

Persembahan koir oleh guru-guru SK Bekenu.
(Lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa, Lagu Kami Guru Malaysia, Lagu Pendidik Bumi Kenyalang)

Upacara memotong kek, dimulakan oleh Guru Besar SK Bekenu

Kek ini dihadiahkan oleh beberapa orang tertentu. Terima kasih daun keladi ya.

Lain-lain gambar

Selepas sesi di dewan, dimulakan sesi jamuan bagi setiap kelas. Tahap satu dan dua telah digabungkan di mana 1B dan 6C, 1C dan 6B, 2B dan 5C, 2C dan 5B, 3B dan 4C serta 3C dan 4B. Pelajar membawa makanan masing-masing dan ada guru-guru kelas yang membawa makanan tambahan sama ada tempah atau masak sendiri.

Jamuan di kelas 4B dan 3C.

Kesimpulannya, pada masa inilah para guru dan para pelajar dapat memesrakan diri sesama mereka. Moga ikatan siratulrahim sesama para pendidik dan pelajar dapat dikukuhkan lagi.