Thursday, June 4, 2009

MAJLIS HARIJADI DI PRA SEKOLAH

Sebelum cuti telah diadakan Majlis Sambutan Harijadi di Pra Sekolah. Dikumpulkan semua anak-anak yang tarikh lahirnya adalah setengah tahun pertama. SELAMAT HARI LAHIR kepada mereka. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu mereka yang berusaha masak memasak ya. Menu macam hotel.

Monday, June 1, 2009

F U T S A L - Perlawanan Persahabatan


Peristiwa 27 Mei 2009 (Rabu) - 3:00 petang
Tempat : BEKENU


Geng Pom-Pom SK Bekenu




Perlawanan di antara pasukan SK Bekenu dan pasukan bebas. SK Bekenu mengalami kekalahan yang tidak seberapa, baik pasukan lelaki dan pasukan wanita. Hihihi...terima kasih kepada para guru yang memberikan sokongan dan sedikit masa untuk aktiviti riadah ini. Sokonglah aktiviti sekolah kita. Badan sihat otak pun cergas.

H U J A N D I S E K O L A H

Peristiwa 27 Mei 2009 - 8:30 pagi

Hujan lebat di BEKENU sekitar jam 8:30 pagi secara tiba-tiba. Air mula naik di sekeliling bangunan lama. Masa ini memang P&P kelas agak terganggu sebab tumpuan para pelajar lebih kepada apa yang berlaku di luar kelas. Suara guru juga semakin tenggelam dek bunyi hujan yang lebat.



S A M B U T A N H A R I G U R U D I H O T E L.

Selepas sambutan hari guru di peringkat sekolah, kami menghadiri majlis sambutan hari guru bertempat Park City Everly Hotel di Miri. Walaupun setiap guru perlu mengeluarkan belanja sendiri tapi ini tidak bermakna tidak rela. Majlis ini bertemakan bebas, makanya para tetamu boleh berpakaian bebas. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini dengan membawa keluarga untuk beriadah bersama.

Majlis dimulakan oleh ucapan kata-kata aluan pengerusi majlis iaitu Cikgu Haslan, diikuti ucapan YDP PIBG dan Guru Besar SK Bekenu. Acara seterusnya ialah sesi pertukaran hadiah. Setiap guru telah mencabut undi masing-masing dan menyediakan hadiah yang bersesuaian. Kemudian, acara memotong kek, di mana pihak hotel telah menyediakan kek khas untuk majlis ini.

Suasana majlis di Dewan Makan

Kek tajaan Park City Everly Hotel

Sesi pertukaran hadiah, di mana masing-masing mengumumkan sendiri nama penerima hadiah mereka.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan makanan yang dijamukan memang menyelerakan. Memang puas hati. Selepas majlis bersurai, ada yang mengambil kesempatan membawa anak-anak masing-masing untuk bermandi-manda di kolam renang. Maklumlah bukan selalu dapat beriadah macam ini kan.

Seronoknya mereka ya berenang-berenang

Tuesday, May 26, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2009

Barisan para pengajar SK Bekenu.

Barisan para pelajar SK Bekenu.

Sekolah kami telah menetapkan 16 Mei sebagai Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Acara bermula sejak pukul 8 pagi. Bermula dengan ucapan pengerusi majlis, ucapan wakil pelajar, ucapan Guru Besar, persembahan para pelajar, diikuti persembahan koir dari guru-guru sekalian dan sesi pemotongan kek. Kemudian, acara yang dinanti-nanti oleh ramai guru iaitu sesi bersalaman dengan pelajar dan pastinya pelajar membawa banyak hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka.

Persembahan koir oleh guru-guru SK Bekenu.
(Lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa, Lagu Kami Guru Malaysia, Lagu Pendidik Bumi Kenyalang)

Upacara memotong kek, dimulakan oleh Guru Besar SK Bekenu

Kek ini dihadiahkan oleh beberapa orang tertentu. Terima kasih daun keladi ya.

Lain-lain gambar

Selepas sesi di dewan, dimulakan sesi jamuan bagi setiap kelas. Tahap satu dan dua telah digabungkan di mana 1B dan 6C, 1C dan 6B, 2B dan 5C, 2C dan 5B, 3B dan 4C serta 3C dan 4B. Pelajar membawa makanan masing-masing dan ada guru-guru kelas yang membawa makanan tambahan sama ada tempah atau masak sendiri.

Jamuan di kelas 4B dan 3C.

Kesimpulannya, pada masa inilah para guru dan para pelajar dapat memesrakan diri sesama mereka. Moga ikatan siratulrahim sesama para pendidik dan pelajar dapat dikukuhkan lagi.