Monday, June 1, 2009

S A M B U T A N H A R I G U R U D I H O T E L.

Selepas sambutan hari guru di peringkat sekolah, kami menghadiri majlis sambutan hari guru bertempat Park City Everly Hotel di Miri. Walaupun setiap guru perlu mengeluarkan belanja sendiri tapi ini tidak bermakna tidak rela. Majlis ini bertemakan bebas, makanya para tetamu boleh berpakaian bebas. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini dengan membawa keluarga untuk beriadah bersama.

Majlis dimulakan oleh ucapan kata-kata aluan pengerusi majlis iaitu Cikgu Haslan, diikuti ucapan YDP PIBG dan Guru Besar SK Bekenu. Acara seterusnya ialah sesi pertukaran hadiah. Setiap guru telah mencabut undi masing-masing dan menyediakan hadiah yang bersesuaian. Kemudian, acara memotong kek, di mana pihak hotel telah menyediakan kek khas untuk majlis ini.

Suasana majlis di Dewan Makan

Kek tajaan Park City Everly Hotel

Sesi pertukaran hadiah, di mana masing-masing mengumumkan sendiri nama penerima hadiah mereka.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan makanan yang dijamukan memang menyelerakan. Memang puas hati. Selepas majlis bersurai, ada yang mengambil kesempatan membawa anak-anak masing-masing untuk bermandi-manda di kolam renang. Maklumlah bukan selalu dapat beriadah macam ini kan.

Seronoknya mereka ya berenang-berenang

No comments:

Post a Comment